Monday, September 28, 2009

MESYUARAT MT, EXCO, PEMBANTU EXCO

salam 1malaysia,

1 OKTOBER 2009
KHAMIS
Jam 10. malam
Bilik mensyurat Bakti permai

p/s
sesiapa yang ada kelas sila datang selepas kelas.. wajib!!
semua portfolio wajib bawa sofcopy ATAU hardcopy kertas kerja anda.
pakaian baju hitam...

'tidak ada alasan untuk anda tidak hadir kerana telah dipersetujui bersama'

ok.

sekian.

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

salam,
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin

dari keluarga
MPDBP

Monday, September 14, 2009

Hasil Perbincangan dengan PPKT

14 Septmber 2009 perjumpaan dengan PPKT telah diadakan untuk menjelaskan isu hangat iaitu internet dan sebagainya. peneranga telah dilakukan oleh seorang pegawai iaitu En Zulham Hamdan. Dialog dimulakan dengan penerangan PPKT. PPKT ialah merupakan pusat perkhidmatan ICT USm untuk semua kampus. antaranya perkhidmatan rangkaian dan telekomunikasi, aplikasi data dan khidmat nasihat. objektifnya ialah menyokong perkhidmatan ICT. PPKT pada mulanya bermula dengan pusat komuter yang sedia ada pada masa sekarang.

antara yang dibincangkan ialah perkhidmatan yang PPKT sediakan iaitu proses untuk akademik, CSD, insfrastruktur ICT dan perkhidmatan Teknikal (dikenakan bayaran yang lebih murah berbanding diluar) secara umumnya seluruh USM 90 % dilengkapi dengan wireless.

antara isu yang diterangkan ialah berkenaan H16 dan H17. disana didapati ada penghuni yang telah melakukan kesalahan dengan mencabut AP yang dapat digunakan untuk 25 orang dan dijadikan kegunaan sendiri. hal yang demikian telah menyebabkan masalah wireless berlaku di Blok berikut. untuk maklumam semua di blok tersebut di huni oleh pelaja USM yang mengambil di peringkat Sarjana dan PHD.

pada hakikat yang anda semua perlu tahu, PPKT telah berusaha sebanyak mungkin untuk memberi [perkhimatan yang sempurna kepada pelajar USM. beberapa penaiktaraf bermula dengan pelebaran bandwidth dari semasa ke semasa dan lepas raya aidilfitri, proses ini akan bermula. untuk pengetahuan, pada semester hadapan akan semua pelajar bakal mengnikmati 310 mbps berbanding sekarang. namun begitu kita harus faham setiap perkara terdapat aplikasi kewangan yang perlu USM belanjakan. dan ini yang sedang semua pihak sedang selesaikan.

diatas saya telah tuliskan jawapan bagi beberapa soalan yang telah dikemukan. segala permasalahan telah cuba diselesaikan demi pelajar USM termasuk juga dengan wireless di RST.

"Perbincangan yang dilakukan hasil kerja MPP USM dengan kerjasama BHEPP USM dan pihak PPKT"

Sekian

"BAKTI PERMAI Sentiasa Dimercu"
"pendokong Kelestarian Univesiti"
"Chak Aa Chak Aa"

YDP MPDBP 0910

Perjumpaan dengan PPKT

perjumpaan dengan pegawai pusat pengetahuan komunikasi teknologi (PPKT) pada 14 September 2009 jam 10 malam di dewan kuliah V berkenaan masalah internet (WIFI) yang bermasalah di desasiswa. semoga perbincangan yang diadakan dapat menjelaskan berkenaan masalah yang dihadapi.

sekian
YDP

Wednesday, September 9, 2009

01 Aktiviti: Kem Kepimpinan dan Watikah Pelantikan MPDBP

Kem kepimpinan untuk meningkatkan kerjesama antara exco, pe dan MT dalam menjalankan tugas yang diberikan. disamping mengeratkan silatulrahim sesama ahli.



TARIKH : 11 Sepetember - 13 September 2009
TEMPAT : DEWAN HARMONI
WAKTU : Pagi ke Malam/Pagi


p/s Semua Wajib Hadir

Monday, September 7, 2009

Ucapan YDP MPDBP 01

Assalamuailaikum wbt dan salam sejahtera

Selamat menyambut Ramadhan, selaku YDP pada sidang ini mengucapkan tahniah kepada semua Exco dan Pembantu Exco yang telah dilantik pada sidang ini 2009/2010. secara umumya MPD telah terbentuk pada 28 Ogos 2009. Tahniah diucapkan. Pada sidang ini MPD telah merancang pelbagai aktiviti untuk para penghuni Bakti Permai dari H09 hingga H17. Saya mengharapkan semua penghuni dapat menyumbang tenaga kepada desasiswa Bakti Permai. Semoga semangat Bakti Permai Chak aa Chak aa!!! terus membara di dalam diri masing-masing.

Jika penghuni mengalami sebarang masalah boleh menghubungi saya ,MT, barisan exco dan pe saya untuk menyampaikan sebarang masalah kepada kami. Dengan sedaya upaya kami akan cuba menyelesaikan.

Terdapat beberapa perkara ingin saya tegaskan, berkenaan bakul sampah yang diberikan didalam bilik. bagi mengelakkan sebarang masalah anjing dan sebagainya, diharapkan BAKUL SAMPAH diletakkan dalam bilik masing-masing. sesiapa yang gagal berbuat demikian berkemungkinan denda akan diberikan. Pelbagai kemudahan telah diberikan kepada para penghuni. Antaranya, kemudahan mesin basuh, peti sejuk, 'mikrowave' dan "heater'. diharap semua menggunakan dengan sebaiknya dan menjaga kebersihan bersama-sama.

"Bakti Permai Sentiasa Di Mercu"

YDP MPDBP

Sunday, September 6, 2009

Salam Bakti Permai

Selamat datang diucapkan ke pelayar internet terutamanya penghuni Bakti Permai.
Blog ini diwujudkan khas untuk semua penghuni dan ahli MPDBP0910 sendiri..
selamat berkenalan semua

"Bakti Permai Sentiasa Dimercu"

YDP